Cloud Computing Atau
Perkomputeran Awan
Cloud computing adalah proses di mana Anda menggunakan internet sebagai
tempat untuk menyimpan segala data peribadi anda sama ada dokumen, gambar, klip
lagu, rakaman suara mahu pun video. Proses Cloud computing berlaku apabila Anda
mengupload data-data milik anda ke sebuah website kemudian data yang anda sudah
simpan itu dapat diakses dari tempat lain, dari komputer lain, laptop lain,
komputer tablet atau dari mana-mana telefon bimbit melalui sambungan internet.
Apple memandang Cloud Computing sebagai satu proses yang mempunyai masa
depannya tersendiri. Keseriusan mereka terserlah, buktinya Apple mencipta
aplikasi iCloud untuk membolehkan aktiviti perkomputeran awan dilakukan melalui
peranti mereka seperti MacBook, iPhone atau iPad. Perkomputeran awan boleh dijalankan
bila-bila masa, dari mana-mana saja, biasanya dengan menggunakan website
percuma atau aplikasi web percuma seperti Google Docs.
Sebagai contoh, jika kita mengupload gambar-gambar melalui laptop
MacBook kita ke Google Picasa. Setelah itu, kita keluar ke sebuah
restoran untuk berjumpa dengan kawan, sambil kita minum-minum, kita boleh
mengakses laman web Google Picasa tadi melalui iPhone 4. Pada masa yang sama
kita telah mengupload semua gambar-gambar kesukaan itu untuk kita perlihatkan
kepada kawan kita tadi. Dalam masa yang sama juga, adik kita di rumah turut
mengakses Google Picasa milik kita melalui komputer tablet iPad miliknya,
kemudian memuatkan naik (upload) beberapa lagi gambar untuk ditambah bagi
menyerikan suasana.
Contoh terbaik untuk memahami cloud computing atau perkomputeran awan
adalah seperti 4shared, di mana di dalam website ini beratus ribu pengguna
4shared memuat naik (upload) lagu kesukaan mereka untuk dikongsi bersama
pengguna lain yang mereka langsung tidak kenal dan langsung tidak pernah
berjumpa, tapi mempunyai minat yang sama iaitu menyukai lagu tersebut. Pengguna
lain yang menyukai lagu serupa mengakses laman 4shared, melihat lagu yang
diupload, menyukainya lalu mendownload lagu tersebut atau memberikan linknya
kepada rakan-rakan lain.
Cloud computing semakin banyak digunakan. Syarikat besar juga menggunakan
cloud Computing sebagai ruang untuk para pekerja berkongsi data ketika sedang
dalam usaha menyiapkan sesuatu tugasan walau tidak bersua muka, tapi
berinteraksi dalam masa yang sama. Mereka juga menggunakan Cloud Computing
sebagai tempat untuk mem’backup’ data-data penting. Menjimatkan kertas,
menjimatkan masa, menjimatkan tenaga dan mijimatkan wang kita.
Seperti kemudahan digital lain, Cloud Computing ada risiko tersendiri. Apa
saja benda yang menggunakan ‘password’ boleh dipecah masuk. Laman web milik
kita boleh digodam oleh hacker berkemahiran. Mungkin orang lain dapat tahu
tentang password kita, membuka laman web kita kemudian memadamkan data-data
yang tersimpan di situ tanpa kita ketahui.
Walau bagaimanapun, risiko-risiko ini boleh dikawal dari semasa ke semasa.
Kebaikan Cloud Computing jauh lebih banyak kebaikkan dari keburukannya. Ia
banyak memudahkan kerja kita seharian di tempat kerja amnya.
Pendapat
saya :
Menurut saya
cloud computing sangat membantu sekali, karena semua orang dapat mengakses
informasi dimanapun mereka berada, mereka tidak perlu membuka komputer untuk
mendapatkan informasi yang mereka butuhkan.
Referensi :
0 komentar:
Posting Komentar